28 maut terminum arak tiruan di Gujerat, India

28 maut terminum arak tiruan di Gujerat, India

22 daripada mangsa adalah daripada pelbagai kampung di daerah Botad manakala enam dari Ahmedabad.

Analisis forensik mengesahkan kesemua yang maut mengambil alkohol metil, polis menahan 14 individu atas tuduhan membunuh dan beberapa kesalahan lain, kata Ketua Pengarah Polis (DGP) negeri Ashish Bhatia. (Gambar AP)
NEW DELHI:
Sekurang-kurangnya 28 orang maut di negeri Gujarat di barat India selepas terminum arak tiruan, kata polis pada Selasa.

Menurut media tempatan, minuman itu mengandungi alkohol metil.

Dua puluh dua daripada mangsa adalah daripada pelbagai kampung di daerah Botad manakala enam dari Ahmedabad.

“Analisis forensik mengesahkan kesemua yang maut mengambil alkohol metil. Kami telah menahan 14 individu atas tuduhan membunuh dan beberapa kesalahan lain, dan sudah menahan kebanyakan tertuduh,” menurut satu laporan yang memetik Ketua Pengarah Polis (DGP) negeri Ashish Bhatia.

Kerajaan negeri telah mengarahkan siasatan berhubung insiden itu.

Kematian akibat minum arak sering berlaku di seluruh India kerana peminum yang sering membeli minuman keras haram disebabkan larangan tempatan atau harganya yang murah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.