
Semalam, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan wabak cacar monyet diisytihar sebagai kecemasan kesihatan global.
Rezza dalam kenyataan pada Sabtu berkata, Itali mencatatkan 407 kes cacar monyet setakat ini, tetapi keadaan terkawal, lapor Sputnik.
Ghebreyesus berkata, walaupun wabak cacar monyet diisytiharkan kecemasan kesihatan global, “buat masa ini kebanyakan kes tertumpu dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, terutamanya mereka yang mempunyai ramai pasangan seksual”.
Pada masa sama, beliau menyeru semua negara bekerjasama rapat dengan kumpulan terjejas, meningkatkan kempen kesedaran dan memberi amaran terhadap diskriminasi serta stigma.
Katanya, lebih 16,000 kes cacar monyet direkodkan di 75 negara dan wilayah, dengan lima kematian dilaporkan setakat ini.
Kebanyakan pesakit pulih daripada jangkitan itu selepas beberapa minggu tanpa menerima rawatan.
Menurut WHO, cacar monyet lebih menjejaskan kanak-kanak kecil, wanita hamil dan individu yang mengalami gangguan sistem imun.
Virus cacar monyet tidak mudah berjangkit dan biasanya akan merebak melalui kontak fizikal yang rapat, termasuk hubungan seksual dengan individu dijangkiti virus itu.
Ia boleh menjangkiti tubuh manusia melalui saluran pernafasan, mata, hidung dan mulut serta cecair badan.
Cacar monyet adalah penyakit zoonosis (yang merebak antara haiwan dan manusia).