Runtuhan salji Marmolada: 6 maut, 8 cedera, 17 hilang

Runtuhan salji Marmolada: 6 maut, 8 cedera, 17 hilang

Pakar mengaitkan bencana itu dengan gelombang haba yang sedang melanda Itali ketika ini.

Bongkah besar glasier Marmolada, di utara Itali, pecah mencetuskan runtuhan salji pada Ahad, lapor Agensi Berita Itali (ANSA). (Gambar AP)
ROM:
Enam orang maut, lapan cedera manakala 17 lagi hilang selepas bongkah besar glasier Marmolada, di utara Itali, pecah mencetuskan runtuhan salji pada Ahad, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).

Dua daripada mangsa yang maut masih belum dikenal pasti. Tiga lagi mangsa adalah warga Itali dan seorang warga Czech, menurut ANSA.

Pasukan penyelamat bertungkus lumus sepanjang malam mencari mangsa yang mungkin masih selamat dengan bantuan dron.

Pakar mengaitkan bencana itu dengan gelombang haba yang sedang melanda Itali ketika ini sehingga menyebabkan glasier tidak stabil.

Para saintis menyatakan gelombang haba lebih kerap dan suhu yang tinggi adalah akibat perubahan iklim disebabkan oleh aktiviti manusia.

Perdana Menteri Mario Draghi, pada Isnin, melawat pusat operasi menyelamat yang terletak di wilayah Canazei, di utara Trento.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.