Lagi gempa bumi di timur Afghanistan, ragut 5 nyawa, 10 cedera

Lagi gempa bumi di timur Afghanistan, ragut 5 nyawa, 10 cedera

Gempa bumi berukuran 4.3 pada skala Richter itu berlaku pada 01:43 GMT dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Seorang penduduk melihat keadaan rumah selepas gempa bumi menjejaskan sebuah perkampungan di wilayah Gayan pada 23 Jun lalu. (Gambar AP)
KABUL:
Lima orang maut manakala lebih 10 lagi cedera dalam satu lagi gempa bumi yang melanda wilayah Paktika, di timur Afghanistan pada Jumaat, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Afghanistan, Sharafat Zaman, lapor Sputnik.

Gempa bumi berukuran 4.3 pada skala Richter itu berlaku pada 01:43 GMT dengan kedalaman 10 kilometer (km).

“Malangnya, kami sekali lagi mendapat berita buruk dari Paktika. Hari ini berlaku satu lagi gempa bumi di wilayah Gayan,” kata Zaman.

Pada Rabu, gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda timur Afghanistan, menyebabkan lebih 1,000 terbunuh dan 1,500 yang lain cedera menyaksikan wilayah Paktika dan Khost antara kawasan paling teruk terjejas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.