Sultan Brunei umum rombakan Kabinet

Sultan Brunei umum rombakan Kabinet

Kali terakhir rombakan Kabinet Brunei ialah pada Januari 2018.

Sultan Hassanal Bolkiah bagaimanapun mengekalkan jawatan tertinggi selaku perdana menteri, menteri luar negeri, menteri pertahanan dan menteri kewangan dan ekonomi. (Gambar Bernama)
BANDAR SERI BEGAWAN:
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah pada Selasa berkenan mengumumkan rombakan Kabinet menerusi titahnya yang disiarkan di seluruh negara.

Berkuat kuasa Selasa, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Awang Abu Bakar, Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Ali, dan Menteri Pembangunan Suhaimi tidak lagi dilantik menganggotai barisan Kabinet, lapor Xinhua.

Bagaimanapun, Sultan Hassanal Bolkiah mengekalkan jawatan tertinggi selaku perdana menteri, menteri luar negeri, menteri pertahanan dan menteri kewangan dan ekonomi.

Kali terakhir rombakan Kabinet Brunei ialah pada Januari 2018.

Pada ketika itu, pertukaran melibatkan menteri veteran termasuk Lim Jock Seng, Menteri di Pejabat Perdana Menteri serta Menteri II Hal Ehwal Luar dan Perdagangan, dan Mohammad Yasmin, Menteri Tenaga dan Jabatan Industri di pejabat perdana menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.