Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan di gereja di Nigeria

Malaysia kutuk sekeras-kerasnya serangan di gereja di Nigeria

Malaysia berharap pihak bertanggungjawab atas perbuatan keji ini dibawa ke muka pengadilan.

Serangan terhadap Gereja Katolik St Francis di Ondo, Nigeria, pada Isnin, meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa. (Gambar AFP)
PUTRAJAYA:
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata ke atas Gereja Katolik St Francis di Ondo, Nigeria, pada Isnin, yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan, memaklumkan Malaysia berharap pihak bertanggungjawab atas perbuatan keji ini dibawa ke muka pengadilan.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Nigeria, terutama buat keluarga dan mangsa yang terlibat dalam serangan itu.

“Malaysia menolak sekeras-kerasnya segala bentuk keganasan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan serantau,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.