
JAKARTA: Berpantang maut sebelum ajal, itu detik dilalui seorang wanita berusia 55 tahun selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri setinggi 21 tingkat, lapor media tempatan.
Wanita itu tergelincir ketika menyidai pakaian di balkoni rumahnya di Gading Nias, Kelapa Gading, Jakarta Utara, di sini, pada Khamis.
Wanita terbabit patah tangan kiri manakala bumbung parkir kereta rosak akibat insiden itu.
Ketua Polis Daerah Kelapa Gading, Vokky Sagala berkata, wanita itu masih memberi respons ketika dalam perjalanan ke hospital.
“Kejadian berlaku kira-kira 3 petang. Penduduk setempat segera membawanya ke Hospital Gading Nias. Dia kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.
Polis sedang menyiasat kejadian itu.