Korea Utara sahkan kes pertama Covid-19

Korea Utara sahkan kes pertama Covid-19

Media kerajaan berkata sampel telah dikumpul daripada sekumpulan pesakit dan mengesan terdapat jangkitan melibatkan subvarian Omicron dikenali BA.2.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berikrar mahu mengekang punca jangkitan virus itu dalam tempoh masa yang pendek. (Gambar AP)
PYONGYANG:
Korea Utara pada Khamis mengesahkan kes Covid-19 yang pertama dalam tempoh lebih dua tahun, lapor Xinhua memetik laporan rasmi agensi berita pusat Korea (KCNA).

Media kerajaan berkata sampel telah dikumpul daripada sekumpulan pesakit pada Ahad dan mengesan terdapat jangkitan melibatkan subvarian Omicron dikenali BA.2.

Menurut KCNA ia sebagai “insiden kecemasan negara paling buruk.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.