New Zealand lapor kes pertama varian Omicron XE

New Zealand lapor kes pertama varian Omicron XE

Kes itu melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 55 kes baharu Covid-19 dikesan di sempadan dan sejak pandemik bermula, New Zealand telah melaporkan 875,794 kes jangkitan. (Gambar AP)
WELLINGTON:
New Zealand melaporkan kes pertama Covid-19 melibatkan varian Omicron XE, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

Kes itu melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Individu itu tiba di New Zealand pada 19 April kemudian menjalani ujian saringan Covid-19 pada 20 April sebelum disahkan dijangkiti varian itu,” menurut kementerian.

New Zealand pada Sabtu melaporkan 19 kematian akibat Covid-19, dengan 7,930 kes komuniti dan 494 dimasukkan ke hospital.

Selain itu, sebanyak 55 kes baharu Covid-19 dikesan di sempadan dan sejak pandemik bermula, New Zealand telah melaporkan 875,794 kes jangkitan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.