4 maut, kedai serbaneka di Indonesia runtuh

4 maut, kedai serbaneka di Indonesia runtuh

Sembilan mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke beberapa hospital untuk menerima rawatan.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa runtuhan kedai serbaneka tiga tingkat di daerah Banjar, Kalimantan Selatan, tamat 9.35 pagi tadi.
JAKARTA:
Empat maut selepas sebuah kedai serbaneka tiga tingkat runtuh pada petang Isnin di daerah Banjar, Kalimantan Selatan.

Menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas), sembilan mangsa diselamatkan dan dibawa ke beberapa hospital.

Basarnas menerima laporan pada 5.50 petang waktu Indonesia dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 9.35 pagi Selasa.

Siasatan mengenai punca runtuhan sedang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.