
Bagaimanapun, jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dalam tempoh itu menurun daripada 2,231 kepada 1,928.
Jumlah pesakit yang menerima rawatan di hospital juga menurun daripada 23,175 kepada 21,287 orang.
Kadar jangkitan dijangka meningkat sebanyak 50 hingga 130% berbanding bulan sebelumnya, selepas kerajaan melonggarkan sekatan Covid-19 bermula 14 Mac, menurut analisis Institut Pasteur.
Kes Covid-19 setiap hari boleh melebihi 100,000 pada bulan Mac, tambah institut itu.
Pakar Penyakit Berjangkit Benjamin Davido di Hospital Raymond-Poincare de Garches memberitahu saluran berita Perancis BFMTV bahawa kelonggaran sekatan kesihatan akan menyumbang “kepada lonjakan kes jangkitan”.
Kerajaan Perancis telah mengumumkan bermula 14 Mac, rakyat tidak lagi diwajibkan untuk memakai pelitup muka di kawasan tertutup, kecuali dalam pengangkutan awam dan pusat kesihatan.
Pas vaksin juga tidak lagi diperlukan di kebanyakan tempat awam, kecuali hospital, rumah persaraan dan pusat jagaan.