
Letupan di Kocha Risaldar, Pesehawar – kira-kira 190km ke barat Islamabad – berlaku sejurus sebelum solat Jumaat, kata saksi.
“Saya melihat seorang lelaki menembak dua anggota polis sebelum memasuki masjid. Beberapa saat kemudian terdengar letupan kuat,” kata Zahid Khan.
Kejadian berlaku pada hari pertama perlawanan kriket di Rawalpindi antara Pakistan dan Australia, yang tidak pergi ke negara itu sejak hampir 25 tahun disebabkan isu keselamatan.
Muhammad Asim Khan, jurucakap Lady Reading Hospital, mengesahkan 30 kematian dan berkata hospital di Peshawar mengisytiharkan darurat.
Letupan menyebabkan tingkap bangunan berhampiran turut pecah, dan anggota penyelamat dilihat bergegas mengalihkan mayat serta mangsa cedera dari tempat kejadian.