Varian Omicron: Jepun sahkan kes pertama

Varian Omicron: Jepun sahkan kes pertama

Kes itu melibatkan seorang lelaki berusia 30-an yang pulang dari Namibia pada Ahad.

Kerajaan Jepun melarang kemasukan semua warga asing berikutan kebimbangan mengenai varian baharu Covid-19 itu sejak Isnin.
TOKYO:
Jepun mengesahkan kes pertama varian Omicron telah dikesan di negara ini, melibatkan seorang lelaki yang pulang dari Namibia, menurut sumber kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua.

Lelaki berusia 30-an itu disahkan positif varian itu ketika menjalani ujian saringan di lapangan terbang Narita pada Ahad.

Pada Isnin, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata kerajaan melarang kemasukan semua warga asing berikutan kebimbangan mengenai varian baharu Covid-19 itu.

Langkah tersebut telah dilaksanakan bermula Selasa selama sebulan, mewajibkan rakyat tempatan dan warga asing dengan status pemastautin yang balik dari kawasan berisiko tinggi perlu menjalani kuarantin selama 10 hari di kemudahan ditetapkan kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.