65 rangka ditemukan dalam kubur besar tersembunyi di Alvarado, Mexico

65 rangka ditemukan dalam kubur besar tersembunyi di Alvarado, Mexico

Dianggarkan mangsa dibunuh antara 2011 dan 2012 dalam pergaduhan antara kumpulan samseng.

Beberapa barangan peribadi seperti kad bank dan maklumat pengenalan diri turut ditemui pada mayat dan punca kematian mangsa masih disiasat (Gambar AFP)
BOGOTA:
Kira-kira 65 rangka manusia ditemukan dalam sebuah kubur besar yang tersembunyi di Mexico, lapor Agensi Anadolu.

Media tempatan pada Rabu melaporkan rangka-rangka itu ditemui dalam kubur rahsia di bandar Alvarado.

Polis mengesahkan jumlah keseluruhan rangka, sambil menambah kubur itu digali di hadapan pendakwa raya dan pegawai polis.

Dianggarkan mangsa dibunuh antara 2011 dan 2012 dalam pergaduhan antara kumpulan samseng.

Barangan peribadi seperti kad bank dan maklumat pengenalan diri turut ditemui pada mayat dan punca kematian mangsa masih disiasat, tambah laporan itu.

Menurut data Suruhanjaya Pencarian Nasional Kementerian Dalam Negeri, negeri Veracruz, Sinaloa, Colima, Guerrero dan Sonora disenaraikan sebagai kubur tersembunyi paling banyak ditemukan di negara itu.

Menurut laporan suruhanjaya pencarian di Mexico, 94,500 orang dilaporkan hilang di negara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.