Hampir 19 maut, lori kargo heret kenderaan di pondok tol

Hampir 19 maut, lori kargo heret kenderaan di pondok tol

Ketika melalui pondok tol di sebuah lebuh raya Mexico, lori berkenaan mengheret enam kenderaan lain.

Gambar-gambar di media sosial menunjukkan kenderaan terbakar selepas impak. (Gambar Twitter Heraclio Bernal)
MEXICO CITY:
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala tiga lagi cedera semalam dalam satu kemalangan di lebuh raya yang menghubungkan Mexico City dengan pusat bandar Puebla, kata pihak berkuasa.

Nahas berlaku pada tengah hari apabila sebuah lori kargo merempuh beberapa kenderaan di pondok tol di lebuh raya itu, mengakibatkan sebahagiannya terbakar selepas impak.

“Ketika melalui pondok tol, lori terbabit mengheret enam kenderaan, mengakibatkan 19 orang terbunuh dan tiga cedera. Pemandu lori berkenaan antara yang maut, kata pihak berkuasa lebuh raya persekutuan itu, Capufe, dalam kenyataan.

Capufe juga berkata, ia sedang berusaha mengalihkan kenderaan yang terlibat, manakala bahagian lebuh raya terbabit telah ditutup bagi lalu lintas.

Lebuh raya sepanjang 110km itu digunakan oleh banyak lori kargo.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.