Kes Covid-19 babit kanak-kanak di AS cecah 6 juta

Kes Covid-19 babit kanak-kanak di AS cecah 6 juta

Menurut laporan, setakat 7 Okt lebih 6.04 juta kanak-kanak Amerika dijangkiti virus itu sejak wabak bermula.

Sejak 23 Sept hingga 7 Okt, terdapat peningkatan sebanyak 6% dalam jumlah kes Covid-19 di AS. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) sudah melebihi enam juta, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Akademi Pediatrik Amerika (AAP).

Setakat 7 Okt, lebih 6.04 juta kanak-kanak Amerika dijangkiti virus itu sejak wabak bermula, menurut AAP.

Jumlah kes baharu masih tinggi, menyaksikan lebih 148,000 lagi kanak-kanak dilaporkan dijangkiti virus itu antara 30 Sept dan 7 Okt.

Sejak 23 Sept hingga 7 Okt, terdapat peningkatan sebanyak 6% dalam jumlah kes Covid-19 di AS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.