AS hantar lagi 2.58 juta dos vaksin Covid-19 ke Filipina

AS hantar lagi 2.58 juta dos vaksin Covid-19 ke Filipina

Penghantaran vaksin terbaru itu dibuat oleh syarikat Pfizer Inc dan BioNTech dari Jerman, menjadikan jumlah vaksin yang dihantar ke Filipina sudah mencecah 9 juta.

Warga Filipina menerima vaksin Covid-19 di bandar Mandaluyong pada Julai lalu. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan memulakan penghantaran lagi 2.58 juta dos vaksin Covid-19 ke Filipina pada Khamis melalui program pengagihan global Covax, kata seorang pegawai Rumah Putih.

Penghantaran vaksin terbaru itu dibuat oleh syarikat Pfizer Inc dan BioNTech dari Jerman, menjadikan jumlah vaksin yang dihantar ke Filipina sudah mencecah 9 juta, kata pegawai itu kepada Reuters.

Pasukan saintifik dan pihak berkuasa perundangan dan dari kedua-dua negara itu bekerjasama untuk memastikan lebih banyak penghantaran vaksin yang selamat dan berkesan kepada negara Asia, tambah pegawai itu.

Minggu lalu, Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden AS Joe Biden, Jake Sullivan bertemu dengan menteri luar dan pertahanan Filipina semasa lawatan mereka ke Washington untuk memperingati ulang tahun ke-70 Perjanjian Pertahanan Bersama kedua-dua negara berkenaan.

Sullivan ketika itu mengumumkan bahawa AS akan memberikan tambahan US$11.3 juta dalam bentuk bantuan Covid-19 kepada Filipina, menjadikan jumlah bantuan Covid-19 AS kepada Filipina sejak permulaan wabak itu menjadi US$37 juta, sebagai tambahan kepada berjuta-juta dos vaksin didermakan sebelum ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.