Aziz Akhannouch dilantik PM baharu Maghribi

Aziz Akhannouch dilantik PM baharu Maghribi

Parti liberal RNI menang besar pada pilihan raya parlimen pada Rabu, dengan memperoleh 102 daripada 395 kerusi.

Aziz Akhannouch dari parti liberal RNI dilantik sebagai perdana menteri baharu Maghribi. (Gambar AP)
AMMAN:
Raja Maghribi, Raja Mohammed VI pada Jumaat melantik Aziz Akhannouch dari parti liberal RNI sebagai perdana menteri baharu, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

RNI menang besar pada pilihan raya parlimen pada Rabu, dengan memperoleh 102 daripada 395 kerusi sementara bekas parti terbesar, Islamist PJD sekadar mendapat 13 kerusi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.