Filipina dilanda Taufan Conson

Filipina dilanda Taufan Conson

Taufan kuat yang mula membadai timur Samar itu turut mengakibatkan bekalan elektrik terputus di beberapa wilayah lain.

Pihak berkuasa memaklumkan banjir turut berlaku di beberapa kawasan di Bandar Tacloban. (Gambar AP)
MANILA:
Taufan kuat yang membadai timur Filipina semalam, membawa angin kuat yang mengakibatkan bekalan elektrik terputus di beberapa wilayah di negara itu.

Menurut maklumat perkhidmatan cuaca, Taufan Conson yang membawa angin berkelajuan 120 kilometer sejam (km/j) dan tiupan angin sehingga 150 km/j mula melanda Hernani di wilayah timur Samar sebelum membadai seluruh wilayah berkenaan.

“Kita bernasib baik kerana ia hanya menyebabkan kerosakan kecil di sini,” kata Gabenor Timur Samar Ben Evardone menerusi mesej ringkas.

Operator sistem bekalan, National Grid Corporation berkata kejadian menyebabkan bekalan elektrik terjejas di wilayah Timur Samar, Samar dan Leyte.

Manakala pihak berkuasa pula memaklumkan banjir turut berlaku di beberapa kawasan di Bandar Tacloban.

Semalam, biro cuaca berkata berkata Taufan Coson semakin melemah menjadi ribut tropika ketika ia bergerak menghala ke arah barat laut di Laut Sibuyan.

Katanya, ia selepas kekuatan anginnya menurun kepada 100km/j dan ia turut memberi amaran angin kencang dan hujan lebat akan melanda dalam tempoh 18 jam di tujuh wilayah termasuk Quezon, Masbate, Albay dan Samar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.