
Polis berkata, pelajar Tingkatan 4 itu direman untuk menjalani penilaian psikiatri dan akan didakwa atas pertuduhan membunuh esok.
Akhbar The Straits Times melaporkan mangsa berusia 13 tahun yang merupakan pelajar Tingkatan 1 itu ditemui maut dengan pelbagai kesan tikaman di tandas sekolah kira-kira 11:40 pagi.
Anggota paramedik mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian.
Pilis berkata, siasatan awal mendapati dua pelajar itu tidak mengenali satu sama lain.
Susulan kejadian itu, media melaporkan kakitangan serta pelajar RVHS diarahkan berada dalam kelas dan hanya dibenarkan keluar selepas 3 petang tadi.
RVHS yang terletak di kawasan Boon Lay di Jurong Barat, ialah sekolah tinggi dengan pelajar berusia 12 hingga 18 tahun yang akan menduduki peperiksaan A-level.