
Terdahulu Agensi Berita TASS berkata, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh ketika enjin berkembar pesawat L-410 terhempas di lapangan terbang Tanay, yang menyediakan perkhidmatan payung terjun.
Pesawat berkenaan ditemui terhempas dalam hutan di wilayah Kemerovo di barat daya Siberia.
TASS, yang memetik kenyataan pejabat pendakwa tempatan berkata, pesawat berkenaan menghantar isyarat kecemasan mengenai kerosakan enjin.
Jurucakap perkhidmatan perubatan memberitahu Reuters bahawa mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
Dalam pada itu, jurucakap agensi penerbangan awam Russia cawangan Siberia, Rosaviatsia, berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut.