
“NJSP sedang menyiasat insiden tembakan yang membunuh seorang lelaki, seorang wanita dan mencederakan 12 yang lain dalam satu majlis di sebuah rumah di Cumberland County malam tadi,” kata Polis Negeri New Jersey dalam satu kenyataan.
Polis berkata seorang lelaki, berusia 30 tahun dan seorang wanita berusia 25 tahun terbunuh. Mereka yang cedera dihantar ke hospital.
Salah seorang daripada mereka dilaporkan dalam keadaan kritikal, kata polis.
Polis berkata, insiden tembakan itu berlaku di sebuah rumah di Bridgeton, New Jersey, menjelang tengah malam Sabtu lalu. Lebih 100 orang menghadiri majlis hari jadi bertemakan tahun 1990-an itu, menurut ABC News.
Setakat ini tiada tangkapan dibuat, dan motif kejadian masih dalam siasatan, menurut polis.
Rakaman udara televisyen WPVI sempat menyiarkan lokasi serangan termasuk khemah dan kerusi yang tumbang serta serpihan barangan yang bertaburan di seluruh kawasan.