
Siasatan itu dijalankan di 62 wilayah sebagai sebahagian operasi ke atas jaringan pendakwah Fethullah Gulen yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Lebih 250 orang terbunuh dalam pemberontakan gagal pada Julai 2016.
Gulen menafikan sebarang pembabitan.
Anadolu melaporkan pendakwa raya Istanbul mengarahkan penahanan 258 suspek, termasuk empat kolonel, seorang leftenan kolonel, sembilan mejar dan 24 kapten.
Pendakwa raya di bandar Izmir, barat Turki mengarahkan penahanan 274 orang, kebanyakannya anggota tentera yang masih berkhidmat dengan kerajaan.
Susulan cubaan rampasan kuasa itu, kira-kira 80,000 orang ditahan sementara menunggu perbicaraan dan kira-kira 150,000 penjawat awam, termasuk anggota tentera dipecat atau digantung tugas.
Lebih 20,000 orang dibuang daripada pasukan tentera Turki.