
Menurut media tempatan, bas berkenaan yang membawa 66 penumpang itu dilaporkan mengalami masalah brek, sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 5 meter pada pukul 6.30 petang semalam (waktu Indonesia Barat).
Menurut Bupati Sumedang Dony Ahmad Munir, bas itu membawa rombongan pelajar dan guru Sekolah Menengah Pertama Al-Muawwanah, Subang itu dalam perjalanan dari Tasikmalaya ke Subang, selepas melakukan program ziarah dan melancong ke Tasikmalaya.
Mangsa ke-27 yang terkorban dikeluarkan dari bas yang terbalik itu kira-kira pukul 7.30 pagi tadi dan pasukan mencari dan menyelamat turut mengalami kesukaran ketika menjalankan operasi.
Mangsa yang cedera kini dirawat di Rumah Sakit Umum Sumedang.