Banjir di selatan Thailand semakin buruk

Banjir di selatan Thailand semakin buruk

Provinsi Narathiwat paling teruk dilanda banjir membabitkan 22,308 keluarga.

Hujan lebat berterusan di empat wilayah, iaitu Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla sejak 4 Jan lepas menyebabkan 37,000 keluarga di 27 daerah terjejas. (Gambar Bernama)
BANGKOK:
Hujan lebat dan pelepasan air dari Empangan Bang Lang di Yala menyebabkan banjir di selatan Thailand bertambah buruk dan jumlah mangsa banjir meningkat.

Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana dalam kenyataan memaklumkan hujan lebat berterusan di empat wilayah, iaitu Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla sejak 4 Jan lepas menyebabkan 37,000 keluarga di 27 daerah terjejas berbanding lebih 28,000 keluarga, semalam.

Menurut kenyataan itu, Narathiwat adalah provinsi paling teruk dilanda banjir membabitkan 22,308 keluarga, diikuti di Yala (12,082), Pattani (2,810) dan Songkhla (60).

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.