Samoa lapor kes pertama Covid-19

Samoa lapor kes pertama Covid-19

Kes pertama itu membabitkan seorang kelasi yang tiba di pulau itu dari Auckland.

Pesakit Covid-19 pertama di Pulau Samoa difahamkan merupakan seorang kelasi yang tiba dari Auckland pada Jumaat lalu sebelum didapati positif menerusi ujian saringan. (Gambar Bernama)
MOSCOW:
Samoa merekodkan kes pertama Covid-19 membabitkan seorang kelasi yang diuji positif virus itu ketika di pusat kuarantin, lapor agensi berita Sputnik.

Menurut The Samoa Observer, memetik Perdana Menteri, Tuilaepa Sailele Malielegaoi, kelasi itu tiba dari Auckland pada Jumaat lalu dan didapati positif selepas menjalani ujian saringan.

Perdana menteri bagaimanapun berkata ujian saringan ke-2 didapati negatif.

Malielegaoi berkata, pesakit itu kini berada di hospital.

Setakat ini, hanya sebilangan negeri pulau seperti Tonga dan Nauru masih bebas daripada Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.