Indonesia catat angka jangkitan harian Covid-19 tertinggi lepasi 5,000 kes

Indonesia catat angka jangkitan harian Covid-19 tertinggi lepasi 5,000 kes

Jangkitan Covid-19 di Indonesia kini berjumlah 457,735 kes selepas mencatatkan 5,444 lagi kes positif baru hari ini.

Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di Indonesia, iaitu 116,207 dengan tambahan 1,033 kes baru, manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kematian tertinggi, iaitu 3,982 orang. (Gambar AP)
JAKARTA:
Indonesia mencatatkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam, iaitu melepasi angka 5,000 sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac lepas.

Jangkitan Covid-19 di Indonesia kini berjumlah 457,735 kes, selepas mencatatkan 5,444 lagi kes positif baru, hari ini.

Bagaimanapun sebanyak 385,094 pesakit yang disahkan positif virus itu dilaporkan sembuh daripada jangkitan berkenaan.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 58,896 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 104 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 15,037 orang.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu, iaitu 116,207 dengan tambahan 1,033 kes baru, manakala provinsi Jawa Timur merekodkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi, iaitu 3,982 orang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.