Enggan berhenti rakam, polis Hong Kong tahan pemberita

Enggan berhenti rakam, polis Hong Kong tahan pemberita

Ditahan atas dakwaan mengganggu tugas pihak berkuasa apabila enggan patuhi arahan henti merakam penahanan 2 wanita ketika tunjuk perasaan.

PETALING JAYA: Polis Hong Kong menahan seorang pemberita yang dituduh enggan patuhi arahan henti merakam penahanan 2 wanita ketika tunjuk perasaan di kawasan Mong Kok pada Mei, lapor Hong Kong Free Press.

Pemberita Ben Yu Entertainment itu ditahan atas dakwaan mengganggu tugas pihak berkuasa apabila enggan patuhi arahan henti merakam penahanan 2 wanita di sebuah tandas awam di Jalan Sai Yee.

“Dia enggan bekerjasama,” kata polis dalam kenyataan.

Dalam kejadian itu, polis turut menyembur pemedih mata dan merampas kameranya.

Kes pemberita itu akan didengarkan di mahkamah majistret Kowloon City pada Isnin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.