
Perbalahan, pertempuran balas dan tembakan pada Selasa berlaku di kem pelarian Kutupalong di Ukhia, Cox’’s Bazar dan berterusan sepanjang malam, kata Pesuruhjaya Bantuan Pelarian dan Pemulangan Tambahan, Mohammad Shamsu Douza kepada stesen televisyen tempatan Somoy News.
Tetapi jumlah yang cedera masih belum dapat dipastikan, katanya.
Sebelum pertempuran maut itu berlaku, pihak berkuasa telah menahan 9 individu Rohingya dengan tuduhan jenayah yang berlainan, tambahnya, sambil menekankan bahawa penguatkuasaan undang-undang, termasuk tentera, unit antikeganasan dan polis berusaha untuk mengawal keadaan.
Tiga warga Rohingya terbunuh dalam pertempuran puak itu untuk mengawal keadaan di dalam kem sejak beberapa hari sebelumnya, kata Douza.
Pengurus Kem, Mahfuzur Rahman memberitahu wartawan 500 keluarga Rohingya dipindahkan dari Kem-1 kerana bimbang berlakunya pertempuran dan berlindung di rumah saudara-mara di kem lain.
Keluarga Rohingya dapat kembali ke rumah mereka setelah keadaan kembali normal kerana ketegangan masih tinggi di kem, katanya.