Banci dalam talian e-census kurang pandangan OKU

Banci dalam talian e-census kurang pandangan OKU

Ia penting untuk mengumpul data golongan terbabit bagi memastikan peruntukan dan tempat tinggal lebih baik untuk 10 tahun akan datang.

Batmavati Krishnan berkata penting untuk mengumpul data mengenai orang kurang upaya (OKU) bagi memastikan peruntukan dan kediaman lebih baik 10 tahun akan datang.
PETALING JAYA:
Persatuan Wanita Kurang Upaya (AWD) menggesa supaya Banci Penduduk dan Perumahan 2020 yang lebih komprehensif dan inklusif merangkumi soalan mengenai golongan orang kurang upaya (OKU).

Presiden persatuan itu Bathmavati Krishanan, menyatakan hanya setengah juta penduduk berdaftar sebagai OKU bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi jumlah sebenar dianggarkan sekitar 4.5 juta.

Beliau berkata, ia penting untuk mengumpul data golongan terbabit bagi memastikan peruntukan dan tempat tinggal lebih baik untuk 10 tahun akan datang, yang kekurangan menerusi bancian dalam talian atau e-census.

“Anda perlu wujudkan kemudahan rekreasi yang boleh diakses oleh golongan OKU,” katanya semasa forum dalam talian anjuran Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPG) hari ini.

“Terdapat banyak kes orang buta terjatuh kerana infrakstruktur yang tidak mesra pengguna,” kata beliau.

Bathmavati berkata, pembangunan perumahan masa depan perlu lebih mesra golongan OKU dengan mewujudkan ruang untuk pengubahsuaian seperti bilik air yang akan membolehkan ia diakses oleh golongan OKU.

Batmavati Krishnan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi Rozita Talha berkata, 108 soalan terdapat dalam bancian itu dirancang selepas berunding dengan pelbagai agensi dan NGO, termasuk jabatan kebajikan.

“Dalam banci ini, kita tidak boleh meletak terlalu banyak soalan terhadap perkara tertentu kerana ia akan membebankan responden,” katanya.

“Maklumat tertentu memerlukan tinjauan khas untuk memenuhi keperluan khas. Kalau kita mempunyai lebih soalan berhubung kurang upaya, ada orang mungkin mula bertanya kenapa terdapat banyak (soalan begitu).”

Mengakui ia sentiasa ada ruang untuk penambahbaikan, beliau berkata jabatan itu akan berusaha untuk memasukkan lebih banyak soalan komprehensif dalam bancian akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.