
Sering sayur yang disimpan di dalam peti sejuk apabila dikeluarkan sudah hilang kesegarannya.
Bagi mereka yang suka menjadikan sayur sebagai ulam atau dijadikan pecal boleh mencuba cara ini agar ia nampak segar sebelum dimakan:
Sebelum mencelur sayur tersebut, masukkan sedikit minyak masak ke dalam air yang akan digunakan untuk mencelur.
Setelah dicelur, tuskan airnya. Hasilnya, sayur akan kelihatan segar dan berkilat.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]