Bung, Jeffrey, Gunsalam dilantik timbalan KM Sabah

Bung, Jeffrey, Gunsalam dilantik timbalan KM Sabah

Bung Moktar Radin, Jeffrey Kitingan, dan Joachin Gunsalam dilantik sebagai timbalan ketua menteri hari ini.

KOTA KINABALU:
Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin, bersama Presiden STAR, Jeffrey Kitingan, dan Naib Presiden PBS, Joachim Gunsalam dilantik sebagai timbalan ketua menteri Sabah hari ini.

Bung akan memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, Jeffrey diberi portfolio pertanian dan perikanan, manakala Gunsalam bertanggungjawab ke atas pembangunan perindustrian.

Sementara itu, Timbalan Ketua PPBM Sabah, Masidi Manjun, mengangkat sumpah sebagai menteri kerja raya, diikuti Setiausaha Agung PBS, Jahid Jahim, sebagai menteri luar bandar.

Mereka mengangkat sumpah jawatan selepas Pengerusi Perikatan Nasional Sabah, Hajiji Noor, mengangkat sumpah ketua menteri di hadapan Yang di-Pertua Juhar Mahiruddin di Istana Negeri hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.