Badan pemikir gesa pelan pemulihan jangka panjang sektor pelancongan

Badan pemikir gesa pelan pemulihan jangka panjang sektor pelancongan

Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi berkata kerajaan perlu melaksanakan strategi untuk mengatasi kelemahan industri itu.

Pelancongan menjadi salah 1 sektor yang paling teruk terjejsas akibat Covid-19.
PETALING JAYA:
Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) hari ini menyarankan kerajaan melaksanakan strategi jangka panjang untuk membantu sektor pelancongan.

Badan pemikir itu menunjukkan bagaimana pelancongan menjadi salah 1 sektor yang paling teruk terjejas akibat Covid-19, dengan gangguan yang berkemungkinan berlanjutan selama beberapa bulan akan datang.

Katanya, banyak pekerja tidak formal dalam sektor itu tidak layak mendapat sokongan kerana jurang pada rangka perlindungan sosial negara.

“Sebelum pandemik melanda, sektor pelancongan Malaysia sudah berdepan kekurangan inovasi, kebimbangan untuk bersaing dan perlindungan sosial yang tidak mencukupi, susulan impak wabak itu,” katanya dalam kenyataan.

“IDEAS menyeru 1 strategi dibuat untuk mengatasi kelemahan jangka panjang dalam sektor pelancongan, selain rangsangan jangka pendek, termasuk meningkatkan hubungan untuk pelancongan IKS, memperluas jaringan keselamatan sosial dan reformasi peraturan yang ketinggalan zaman, yang kini membelenggu industri itu.”

Walaupun menyambut baik pelancaran pakej rangsangan ekonomi oleh kerajaan iaitu Penjana, jelasnya, pelan pemulihan jangka panjang perlu dilaksanakan dalam masa terdekat.

IDEAS menyatakan bagaimana ketiadaan perjalanan dan pelancong menyebabkan hampir runtuhnya sektor pelancongan, dengan kementerian pelancongan, seni, dan kebudayaan menganggarkan kerugian pada separuh pertama tahun ini sebanyak RM45 bilion berikutan kesan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Kenyataan itu turut menyebut jumlah pelancongan antarabangsa Malaysia telah terhenti dibandingkan dengan negara lain seperti Thailand dan Singapura, dan perbelanjaan kerajaan untuk perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan kekal rata.

Katanya, IKS dalam industri itu tidak berkembang kerana kurangnya sambungan internet, terutama di daerah luar bandar, dan peraturan ketinggalan zaman yang tidak mempromosikan persaingan.

IDEAS juga berkata industri pelancongan menunjukkan penghindaran risiko dalam berdepan teknologi baru yang memberi transformasi kepada industri terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.