Wan Chik Daud meninggal dunia

Wan Chik Daud meninggal dunia

Bekas penyampai berita, Wan Chik Daud meninggal dunia pada usia 80 tahun pukul 10pagi tadi.

Wan Chik Daud meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit.

Kuala Lumpur, 26 September – Bekas penyampai berita, Wan Chik Daud meninggal dunia pada usia 80 tahun di kediamannya di Lembah Keramat, pukul 10pagi tadi.

Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Hanafiah berkata Allahyarham meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit.

Balu kepada pelakon terkenal Allahyarham M Rajoli itu pernah dilaporkan mengalami serangan angin ahmar ringan dua tahun lalu selepas pemergian arwah suaminya pada 2010.

Allahyarham yang popular sebagai penyampai berita RTM sekitar 1980-an itu, dikurniakan empat orang cahaya mata bersama Allahyarham M Rajoli. Dua daripadanya menetap di Amerika Syarikat dan Singapura, manakala dua lagi di Kuala Lumpur.

Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem melayu arahan Tan Sri P. Ramlee iaitu ‘Do Re Mi’ dan ‘Nasib Do Re Mi’ pada tahun 1966.

Ketika dihubungi Hafiz berkata, jenazah telah dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat untuk dimandi dan disolatkan. Kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas solat asar.

Sumber: Bernama

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.