Tidak adil nafi hak kewarganegaraan wanita kelahiran Johor, kata kumpulan hak asasi

Tidak adil nafi hak kewarganegaraan wanita kelahiran Johor, kata kumpulan hak asasi

Peguam nerkata, perlembagaan persekutuan patut ditafsir secara liberal sementara mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk menjunjung tinggi hak asas.

Tan Soo Yin (kanan) bersama-sama peguamnya Jasmine Wong di luar Mahkamah Tinggi pada Khamis.
PETALING JAYA:
Seorang wanita Malaysia yang tiada kewarganegaraan mengalami “percabulan hak asasi yang dikesali” susulan keputusan mahkamah yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kewarganegaraan, kata kumpulan hak asasi manusia.

Ranee Sreedharan, peguam yang mewakili Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar (DHRRA), berkata, perlembagaan persekutuan patut ditafsir secara liberal dan mahkamah mempunyai tanggungjawab untuk menjunjung tinggi hak asasi manusia melalui keputusannya

Maalini Ramalo, pengarah perlindungan sosial DHRAA Malaysia, berkata “sistem tersebut menghukum individu yang terbiar dan tiada kawalan ke atas cara bagimana mereka dilahirkan atau ditinggalkan”.

Pada Khamis, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kewarganegaraan Tan Soo Yin, 37, yang dilahirkan di Johor, selepas beliau gagal membuktikan ibu bapa kandungnya merupakan warga Malaysia.

Tan berkata beliau tidak tahu siapakah ibu bapa kandungnya yang meninggalkannya selepas dia dilahirkan di hospital.

Maalini berkata perlembagaan persekutuan memberi perlindungan kepada individu yang mungkin tiada kewarganegaraan.

Beliau berkata, wujud kewajipan hak asasi manusia yang perlu ditangani dengan lompang undang-undang yang “terus menghukum mangsa”.

Kebanyakan negara di seluruh dunia kini meminda undang-undang mereka secara berterusan bagi memberi perlindungan kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang dianiyai ditinggalkan atau anak angkat yang tiada kewarganegaraan, kata beliau.

Ranee berkata, Malaysia adalah penandatangan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, yang menyebut bahawa kepentingan kanak-kanak mesti diberi pertimbangan utama dalam semua tindakan berkaitan mereka, sama ada ia dikendalikan oleh institusi kebajikan awam atau swasta, mahkamah, pihak pentadbiran atau badan perundangan.

Elia Bit, ketua Persatuan Jaringan Penghakupayan Penan menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya memperbaiki undang-undang dan dasar yang melibatkan kanak-kanak yang dijadikan anak angkat oleh keluarga baru.

Beliau berkata, terdapat banyak kes di Baram, Sarawak yang sama dengan kes Tan.

“Salah seorang ialah Jeffery Nyaru yang berumur 26, seorang Penan dari Batu Bungan Baram yang ambil sebagai anak angkat pasangan Penan.

Ibu bapa angkatnya memperolehi sijil anak angkat daripada pejabat daerah Marudi tetapi Jeffery masih memegang kad pengenalan sementara penduduk,” kata beliau.

Beliau berkata penolakan kes Tan oleh Mahkamah Tinggi adalah tidak adil kerana beliau sudah tinggal di Malaysia melebihi 3 tanpa sebarang rekod jenayah.

“Paling menyedihkan adalah anaknya juga akan menghadapi nasib yang sama. Negara kita masih tidak mempunyai garis panduan bagi mengurus isu berhubung kewarganegaraan.”

Tan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau memegang kad identiti pengenalan sementara sejak berusia 19 tahun.

Anak perempuan Tan juga dinafikan status kewarganegaraan dan Mykad. Beliau hanya mempunyai sijil kelahiran, manakala abangnya diiktiraf sebagai swarga Malaysia kerana dibesarkan oleh saudara-mara.

Peguam pro bono, Nuraine Haziqah, berkata “sungguh mengecewakan” bahawa Tan, seorang anak yatim sejak kelahiran, dipaksa membuktkani kewarganegaraan ibu bapa kandung mereka.

“Ketidakadilan ini akhirnya akan memberi impak kepada lebih banyak kes permohonan kewarganegaraan yang dibuat oleh orang yang tiada kewarganegaraan pada masa akan datang,” kata beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.