
Tips 1: Lembapkan kulit
Sebelum bersolek, sapukan krim pelembap pada muka dan leher. Waktu terbaik adalah selepas keluar dari bilik mandi. Waktu itu, pelembap ‘mengunci’ lembapan pada permukaan kulit dengan lebih cekap.
Tips 2: Agar bibir tidak merekah
Elakkan memakai gincu jenis matte kerana ia boleh menjadikan bibir kering, retak dan merekah. Pilih gincu berasalkan gel atau sapukan pelembap bibir agar bibir kekal lembut apabila berada di bawah terik mentari.
Tips 3: Kulit cantik pagi ke senja
Semasa bercuti, anda tidak perlukan bedak asas tebal. Hanya sapukan ‘tinted moisturizer’ untuk menyerlah kilauan pada wajah. Jauhi jenis matte atau berminyak. Jangan lupa, sapukan sedikit pemerah pipi jenis krim untuk menyerlahkan kesegaran wajah sepanjang hari.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]