
Dalam kenyataan DBKL berkata, pemeriksaan dilakukan 6 anggota penguatkuasa mendapati bahan mentah dan penyediaan makanan berada di atas lantai.
“Malah lantai basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan kotor dan berdaki hitam, kilang itu juga menggunakan sumber air dari tandas yang kotor.
“Manakala, pengendali makanan ada 10 orang tetapi hanya 6 orang warga asing mempunyai suntikan tifoid dan peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang,” katanya.
Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan hurungan najis tikus di kawasan stor peralatan dan bahan mentah di premis berkenaan.
“Sehubungan itu, perintah penutupan premis bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 25 September 2020 sudah dikeluarkan.
“Pemeriksaan dan pemantauan seumpama ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa,” katanya.