Tajuk berita menghina, Erdogan buat aduan terhadap akhbar Greece

Tajuk berita menghina, Erdogan buat aduan terhadap akhbar Greece

Tajuk berita "Siktir Git Mr Erdogan" yang bermaksud "'F*** off' Mr Erdogan" dalam bahasa Turki.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan membuat aduan jenayah terhadap 4 kakitangan kanan sebuah akhbar Greece berhubung tajuk berita yang menghina. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan membuat aduan jenayah terhadap 4 kakitangan kanan sebuah akhbar Greece berhubung tajuk berita yang menghina, menurut laporan media Turki.

Al-Jazeera memetik, media dikendalikan kerajaan melaporkan peguam kepada presiden, Huseyin Aydin, memfailkan aduan pada Isnin berhubung tajuk berita dipaparkan akhbar berhaluan kanan, Dimokratia pada 18 September.

Tajuk berita “Siktir Git Mr Erdogan”, yang bermaksud “‘F*** off’ Mr Erdogan” dalam bahasa Turki, muncul di sebelah gambar presiden itu yang turut mengandungi terjemahan Inggeris.

Dalam aduan yang diserahkan kepada pejabat pendakwa raya Ankara, Aydin menggelar 4 individu terbabit sebagai “suspek”- Manolis Kotakis penulis artikel itu, editor Andreas Kapsampelis dan Yorgos Giatroudakis serta ketua pengarang akhbar itu Dimitris Rizoulis.

Susulan aduan itu, pendakwa melancarkan siasatan terhadap akhbar berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.