
“Pada 16 Jan, Presiden AS Donald Trump menghantar surat jemputan kepada Presiden kita, Recep Tayyip Erdogan, untuk menjadi anggota pengasas Lembaga Keamanan,” kata Pengarah Komunikasi Turki, Burahanettin Duran menerusi hantaran di platform media sosial Turki, NSosyal.
Duran berkata, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menerusi Resolusi 2803 menyokong Pelan Komprehensif bagi Menamatkan Konflik Gaza yang diumumkan Trump dan membawa kepada gencatan senjata di wilayah Palestin itu.
Sehubungan itu, beliau berkata, Lembaga Keamanan serta badan di bawahnya sedang ditubuhkan bagi memastikan aspek keselamatan dan pembinaan semula Gaza dapat dilaksanakan.