
Majlis serahan kad keahlian STAR kepada Chua berlangsung di Dewan Masyarakat Menggatal hari ini, disaksikan Timbalan Setiausaha Agung, Ardino Diris, dan Ketua Bahagian Inanam, Jeffrey Kumin.
“Sekiranya saya memenangi kerusi DUN Inanam, ia akan menjadi milik STAR,” katanya kepada pemberita selepas majlis. Bekas naib pengerusi PKR ini akui Inanam “memang untuk PBS”, tetapi beliau terpaksa bertanding kerana tiada pilihan. “Mereka mungkir janji, dan saya berjuang sendirian.”
Ditanya adakah STAR dan PBS masih sempat berbincang untuk mengelak pertembungan di Inanam, Chua menjawab “ianya mustahil akan berlaku lagi”.
Terdahulu, PBS mengumumkan calonnya di DUN Tambunan dan DUN Bingkor akan menghentikan kempen masing-masing untuk menyokong calon STAR, selepas kedua-dua parti bersetuju untuk menyokong calon tunggal GRS. STAR pula mengumumkan calon Bebas di Bengkoka dan Api-Api yang dikaitkan dengannya bersetuju untuk menghentikan kempen masing-masing.
Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah