Pemimpin masyarakat jangan jadi alat pembangkang sebar penipuan

Pemimpin masyarakat jangan jadi alat pembangkang sebar penipuan

Pemimpin masyarakat adalah 'mata dan telinga' kerajaan di peringkat bawahan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah Embas berkata pemimpin masyarakat perlu melihat mereka sebahagian daripada jentera kerajaan.
SPAOH:
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah Embas memberi amaran kepada pemimpin masyarakat supaya tidak “dipergunakan” oleh pembangkang untuk menyebar penipuan dan memecah belahkan rakyat.

Beliau memberitahu komuniti pemimpin Temenggong, Pemanca, Penghulu, ketua rumah panjang, ketua kampung dan ahli majlis tempatan yang mereka sebahagian daripada jentera kerajaan.

“Anda adalah ‘mata dan telinga’ kerajaan di peringkat bawahan. Tugas anda menyatukan rakyat dan melibatkan mereka dalam arus pembangunan,” katanya.

Beliau berkata, agak membimbangkan apabila terdapat pemimpin masyarakat menganggap media sosial sebagai platform untuk menyelesaikan masalah.

“Isu dipaparkan hanya tuduhan atau pembohongan terhadap kerajaan. Apabila ia menjadi tular, berita palsu boleh menyebabkan kegelisahan dan kebimbangan golongan yang mudah diperdaya,” katanya.

Beliau menasihati pemimpin masyarakat meneliti program dan pelan pembangunan kerajaan, terutama dalam pertanian moden seterusnya memaklumkan kepada komuniti cara untuk meningkatkan pendapatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.