
Katanya, dalam suasana negara sedang bergelut menangani pandemik Covid-19, tidak ada pihak terlepas daripada perhatian Muhyiddin dan dilihat begitu bersungguh-sungguh membantu setiap lapisan masyarakat.
“Muhyiddin adalah “darling of the people” (orang kesayangan rakyat). Sebab itu, kita tidak ragu-ragu memberi sokongan kepada beliau apatah lagi dengan wujudnya portfolio baru dalam Kabinet untuk menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak, terutamanya melibatkan Perjanjian Malaysia (MA63),” katanya di sini, hari ini.
Jahid, yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman Muhyiddin semalam yang mengatakan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PBS di Sabah kini dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah.
Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin selaku pengerusi PN, dalam ucapannya semasa bertemu calon gabungan itu bagi kerusi DUN Sulaman, yang juga Pengerusi PPBM Sabah Hajiji Noor di pejabat PPBM di Tuaran semalam.
Selaku penyandang kerusi DUN Tamparuli, Jahid berkata, gabungan berkenaan memperlihatkan kesamaan dalam parti dalam erti kata setaraf dalam semua perkara.
Semalam, Muhyiddin meluangkan masa hampir sejam di pekan Tuaran untuk bertemu dan beramah mesra dengan peniaga di Pasar Ikan dan Pasar Am di pekan itu.
Pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah 26 Sept ini, Jahid menghadapi pertandingan 4 penjuru melibatkan calon Parti Cinta Sabah (PCS) Denis George Kian Fah, Alijus @ Mohd Ali Sipil (PKR) dan calon Parti Liberal Demokratik (LDP) Dr Raymond Alfred @ Jenry.
Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah