
Katanya, rakyat di Sugut juga mahukan beliau kembali memimpin selepas 2 penggal beliau menjadi wakil rakyat di situ.
“Laporan daripada semua agensi, termasuk daripada Umno mendapati saya adalah calon boleh menang dengan kadar 81% dan ini mungkin kerana rekod baik saya selama memimpin Umno dulu,” katanya ketika dihubungi.
Pada pilihan raya umum lalu, James memenangi DUN Sugut atas tiket BN, namun membuat keputusan menyertai Upko yang ketika itu menubuhkan kerajaan bersama Warisan serta Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, beliau adalah antara wakil rakyat terawal yang keluar parti kerajaan pimpinan Warisan bersama-sama seorang naib presiden Upko yang juga Adun Kuala Penyu, Limus Jury untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah