
Katanya, tindakan menyebarkan kenyataan itu boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat termasuk mencetuskan suasana panik.
“Bagi kes di Lahad Datu, saya minta orang ramai jangan tular perkara yang tidak pasti selain terus bertenang dan mendapatkan maklumat sahih daripada pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan kenderaan peronda baharu polis di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah hari ini.
Semalam, Lahad Datu dikategorikan sebagai zon merah selepas mencatat peningkatan 44 kes, menjadikan keseluruhan kes aktif Covid-19 di daerah itu kini 52.
Kebanyakan kes itu daripada kluster Benteng iaitu tahanan di penjara Lahad Datu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini juga memaklumkan sebanyak 62 lagi kes baharu membabitkan kluster Benteng.
Sementara itu, Hazani turut mengesahkan seorang pegawai kanan polis di Keningau dikuarantin selepas disyaki positif Covid-19.
“Pegawai terbabit kini dikuarantin manakala semua individu yang mempunyai kontak rapat dengan beliau diarah menjalani ujian swab,” katanya.