
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Ahmad Khusairi Yahaya memaklumkan aduan itu susulan tersebar surat bertajuk “surat karam” di media sosial baru-baru ini.
“SPRMberharap semua pihak tidak mengulas lanjut serta memberikan ruang bagi siasatan dijalankan secara telus dan profesional,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu sedia bekerjasama dengan siasatan SPRM berhubung dakwaan yang terkandung dalam “surat layang” baru-baru ini.
Satu laporan dibuat Naib Presiden Putra, Hamidah Osman, selepas tular surat mendakwa lebih 1,200 hektar tanah diberikan kepada individu yang dikaitkan dengan Faizal.