
Faizal mengambil maklum Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan kepada SPRM pagi tadi, berhubung dakwaan yang terkandung dalam “surat layang” yang tersebar baru-baru ini.
“Saya secara peribadi sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas laporan tersebut.
“Ini bertepatan dengan prinsip pentadbiran kerajaan Perak yang sentiasa menekankan kepada kedaulatan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Satu laporan dibuat Naib Presiden Putra, Hamidah Osman, selepas tular surat mendakwa lebih 1,200 hektar tanah diberikan kepada individu yang dikaitkan dengan Faizal.