Polis tahan 46 individu, termasuk peserta ‘private party’, langgar PKP

Polis tahan 46 individu, termasuk peserta ‘private party’, langgar PKP

45 individu dikompaun, manakala seorang ditahan reman.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, dari 24 Julai sehingga 4 Sept 2020, 22,906 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk antarabangsa dan ditempatkan di 70 hotel dan 4 Institut Latihan Awam di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Pada hari ke-172 pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam polis menahan 46 individu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang ditahan, termasuk yang mengadakan parti persendirian (private party).

“Polis menahan 46 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, 45 individu dikompaun, manakala seorang ditahan reman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP, termasuk ‘private party’ (15), gagal menyediakan peralatan/catatan keluar masuk (8), tidak memakai pelitup muka (11), premis beroperasi lebih masa (10), premis beroperasi tanpa lesen perniagaan (1), dan aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (1),” katanya dalam kenyataan harian perkembangan PKP bagi menghadapi penularan wabak Covid-19.

Ismail Sabri Yaakob.

Dalam perkembangan sama, Ismail berkata, sejak 24 Julai sehingga 4 September 2020, seramai 22,906 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 70 hotel dan 4 Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Kedah, Perlis, Terengganu, Sabah dan Labuan.

“Daripada jumlah itu, 9,028 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, manakala 66 dihantar ke hospital untuk rawatan. 13,812 individu didiscaj dan dibenarkan pulang.

“Mereka pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, UK, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand & Amerika Syarikat,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.