Lantik KP, tubuh suruhanjaya, SPRM bentang kertas Kabinet

Lantik KP, tubuh suruhanjaya, SPRM bentang kertas Kabinet

Ia mengenai usul pelantikan ketua pesuruhjaya dan mewujudkan suruhanjaya SPRM.

SPRM kini dalam peringkat menyediakan kertas Kabinet untuk dibawa ke jemaah menteri berhubung pelantikan ketua pesuruhjaya dan mewujudkan suruhanjaya SPRM.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membentangkan kertas Kabinet kepada jemaah menteri bagi membincang dan meluluskan pelantikan ketua pesuruhjaya dan mewujudkan suruhanjaya SPRM.

“SPRM kini dalam peringkat menyediakan kertas Kabinet untuk dibawa ke jemaah menteri.

“Seterusnya, ia akan diusulkan di Parlimen pada sidang terdekat sekiranya diluluskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM berkata, kedua-dua cadangan itu adalah peruntukan baharu dalam Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan sokongan 2/3 ahli Parlimen bagi membolehkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan.

Pada sesi Dialog@Gegau di radio Melaka semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mempersetujui 2 perkara itu.

Beliau dipetik berkata, 2 perkara itu bagi memperkasa dan menjamin kebebasan suruhanjaya berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.