SPRM nafi halang Guan Eng masuk Sabah

SPRM nafi halang Guan Eng masuk Sabah

Mahkamah hanya impound pasport Lim Guan Eng ke luar negara, kata Azam Baki.

(Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia nafi halang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, memasuki Sabah.

Menurut laporan Malaysiakini, Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata tiada sekatan perjalanan dalam negara ke atas Lim, yang berdepan tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang.

“Mahkamah hanya impounded pasport dia ke luar negara sahaja. Dia boleh memasuki Sabah menggunakan kad pengenalan,” katanya menurut laporan itu.

Awal hari ini, Lim menulis di Facebook mengatakan beliau dihalang masuk Sabah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu malam tadi.

Katanya, beliau dapat melepasi imigresen selepas diberikan pas lawatan sosial. Beliau mendakwa pegawai imigresen beritahu SPRM halang beliau masuk Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.