Ryu Deok Hwan bakal akhiri zaman bujang selepas 7 tahun bercinta

Ryu Deok Hwan bakal akhiri zaman bujang selepas 7 tahun bercinta

Ryu Deok Hwan mengumumkan berita itu menerusi sekeping nota kepada peminat.

Ryu Deok Hwan mengumumkan akan berkahwin tahun depan. (Gambar Instagram Clownryu)

Pelakon Korea Selatan, Ryu Deok Hwan, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan selepas 7 tahun hangat bercinta.

Memetik laporan Soompi, Ryu berkata dia sudah merancang perkahwinan itu pada Oktober ini, namun terpaksa ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

“Dengan sukacitanya saya ingin memberitahu kepada anda semua yang saya bakal berkahwin dengan seseorang yang saya cintai selama 7 tahun.

“Kami sudah membuat persiapan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Oktober tapi terpaksa ditunda ke tahun depan berikutan wabak Covid-19.

“Saya pasti anda terkejut tapi saya mahu jadi orang pertama yang kongsikan berita gembira ini sendiri, bukan anda dengar melalui khabar angin atau gosip,” katanya.

Hwan mengesahkan teman wanitanya bukan dalam kalangan selebriti.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.